Nation
40

Penutupan institusi pendidikan di Sarawak dilanjutkan hingga 10 Mei

Kuching – Kerajaan Sarawak mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh penutupan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan semua kategori institusi pendidikan swasta (IPS) dari 4 hingga 10 Mei ini.

Sebelum ini, semua sekolah yang terletak di zon merah COVID-19 di Sarawak diarahkan tutup selama dua minggu yang bermula dari 20 April lepas.

Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan hanya pelajar tingkatan enam yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester Tiga (Gantian) sahaja dibenarkan hadir ke sekolah hingga 27 Mei.

Hari ini, Sarawak merekodkan 416 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 29,377 kes dan enam kes kematian baharu direkodkan, sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 171 orang.

Dalam kenyataan yang sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Ulu Strass di Meradong dan Kluster Melugu di Sri Aman.

“Kluster Ulu Strass, merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di Km 2, Jalan Pakan di kawasan Ulu Strass di Meradong. Kluster Melugu merupakan satu kluster melibatkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan yang dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah di Sri Aman,” katanya.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di kawasan projek pembinaan Hidroelektrik Baleh di Kapit bermula 26 April hingga 23 Mei.

Tempoh PKPD di tiga rumah panjang di Sarikei yang terdiri dari Rumah Japam, Rumah Johnson dan Rumah Junis pula dilanjutkan penguatkuasaannya dari 27 April hingga 10 Mei, sementara tempoh PKPD di Rumah Bajak di daaerah Julau pula dilanjutkan untuk berkuat kuasa 28 April hingga 8 Mei. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu