Nation
275

Perak umum bonus Aidilfitri RM1,000

Ipoh – Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus RM1,000 sempena perayaan Aidilfitri kepada penjawat awam negeri itu, yang akan dibayar pada 20 Mei.

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata ia diberikan selepas sambutan Aidilfitri kerana mengambil kira penjawat awam telah menerima gaji bagi bulan April dan Mei sebelum Hari Raya.

“Kita sudah setuju untuk memberi RM1,000 kepada kakitangan kerajaan negeri Perak, namun bayaran kita tidak beri sebelum Aidilfitri, kerana mengambil kira gaji bagi April sudah dibayar.

“Kemudian, gaji bagi Mei pula dibayar awal iaitu pada 6 Mei. Kalau kita bagi juga (bonus) sebelum raya, habis semua (wang) sekali (dibelanjakan),” katanya ketika ditemui pada Program Bubur Lambuk bersama Menteri Besar Perak anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu (AUEGCAS) Perak di sini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu