Nation
164

Perancis sokong EU sekat eksport AstraZeneca

Paris – Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Khamis mengecam firma farmasi AstraZeneca kerana gagal mematuhi kontrak dan menyokong keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk menyekat eksport vaksin Covid-19 selagi syarikat itu tidak mematuhi komitmen mereka

Bercakap di luar sidang kemuncak Majlis Eropah, Macron berkata Pfizer-BioNTech dan Moderna telah menepati komitmen pembekalan vaksin Covid-19.

“Astra Zeneca masih belum mematuhi komitmen kontrak mereka dengan Perancis,” katanya lapor Agensi Anadolu.

Sambil menunjukkan carta, beliau berkata Syarikat Britain-Sweden itu pada awalnya beri jaminan untuk bekal 120 juta dos kepada EU, kemudian berjanji untuk beri 30 juta dos. Dan masih tiada penghantaran dibuat. Perkara ini yang sepatutnya perlu dikawal.

Katanya mekanisme kawalan yang dilaksana Suruhanjaya Eropah telah membantu dalam mengenal pasti dos yang akan dibawa keluar.

“Ini bukan soal melindungi, tetapi mencegah negara maju lain menggunakan (dos vaksin) sendiri dengan mengorbankan EU,” katanya, tanpa menyebut mana-mana negara.

Berikutan kekurangan penghantaran oleh AstraZeneca, EU pada Rabu memperketat peraturan eksport untuk menghentikan penghantaran vaksin Covid-19 di luar blok itu.

Peraturan baharu itu akan mengawal eksport berdasarkan keadaan epidemiologi, kadar vaksinasi dan akses kepada vaksin ke negara penerima. — Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu