Nation
1K
0

Perarakan kereta Pedati Thaipusam dari KL ke Batu Caves dibenarkan – Annuar Musa

Kuala Lumpur- Perarakan kereta pedati Thaipusam dari Kuala Lumpur ke Batu Caves akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan pada 27 Januari dan perjalanan pulang pada 29 Januari, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Dalam tweetnya, beliau mengatakan Majlis Keselamatan Negara telah memberi kebenaran untuk perarakan pedati Dewa Muruga dibawa ke Batu Caves dengan syarat ia tidak berhenti dimana- mana. Hanya 10 orang penganut dibenarkan mengikut kereta pedati dan muzik tidak dibenarkan sama sekali.

Annuar Musa turut berkata penguatkuasa Dewan Bandaraya akan membuat pantauan bagi memastikan protokol pencegahan Covid-19 dipatuhi.

Thaipusam, adalah perayaan memuja Dewa Muruga, hari membayar nazar yang dirayakan oleh penganut Hindu pada 28 Januari.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu