Nation
184

Pergerakan rentas negeri kekal tak dibenarkan : Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Kerajaan kekal tidak akan membenarkan pergerakan rentas negeri berikutan ia adalah salah satu penyebab peningkatan kes positif harian COVID-19 di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Teknikal COVID-19 hari ini.

Katanya beliau sedia maklum keputusan ini sudah tentu tidak disukai rakyat, namun ia perlu diambil untuk menyekat penularan pandemik berkenaan.

“Di negara-negara lain tengok peningkatan kes yang berlaku. Di India kini rekodkan kes positif COVID-19 lebih 200,000 kes sehari melonjakkan angka positif keseluruhan melepasi 14 juta. Di ibu negara New Delhi puluhan hotel dan dewan perkahwinan ditukar menjadi pusat menempatkan pesakit COVID-19.

“Sudah pasti kita tidak mahu Malaysia jadi seperti itu. Jadi sekali lagi saya tekankan, supaya tingkatkan kawalan kendiri dan patuhi SOP, kita jaga kita,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu