Politics
98

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 18 dan 19 Dis ini

Kuala Lumpur – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2021 pada 18 dan 19 Dis ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata persidangan itu akan dilakukan secara fizikal dan maya atau hybrid, bergantung kepada kelulusan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Selain itu, Persidangan cawangan akan diadakan pada 9 hingga 30 Okt ini, manakala Persidangan Bahagian pula pada 12 hingga 14 Nov,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan menerusi mesyuarat MPT dipengerusikan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, MPT parti itu sebulat suara bersetuju melantik Ahli Parlimen Segamat (Johor) Datuk Seri Dr Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu Bersatu yang pertama.

Dalam mesyuarat itu juga, MPT mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan atas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Mengenai pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Hamzah berkata Bersatu yakin ia dapat membantu kerajaan merancang dan melaksanakan segala dasar serta inisiatif untuk memulihkan negara daripada pandemik COVID-19, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu