Nation
530

Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan dipantau polis

Kuala Lumpur – Polis membuat kawalan keselamatan di sekitar Dataran Merdeka, di sini, bagi memantau sekumpulan individu yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’, hari ini.

Kumpulan individu itu mula berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, kira-kira 11 pagi tadi.

Kumpulan individu berkenaan yang memakai baju hitam dilihat membawa bendera hitam, selain sepanduk menunjukkan protes terhadap kerajaan serta replika jenazah.

Polis turut dilihat melakukan pemantauan melalui udara menggunakan helikopter selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi, lapor Harian Metro.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu