Nation
2K

Perkhidmatan LRT, MRT & Monorel KL ditutup esok

Kuala Lumpur – Perkhidmatan kereta api transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur akan ditutup sementara bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang esok bagi memelihara keselamatan awam.

MyRapid KL menerusi laman Instagram memaklumkan, penutupan tersebut melibatkan LRT laluan Ampang dan Sri Petaling, LRT laluan Kelana Jaya, MRT laluan Kajang dan kesemua laluan Monorel KL.

“Bagi laluan Ampang dan Sri Petaling melibatkan stesen Chan Sow Lin, Hang Tuah, Masjid Jamek, Sultan Ismail, Pudu, Plaza Rakyat, Bandaraya dan Cheras.

“Manakala bagi laluan Kelana Jaya, Stesen yang terlibat adalah Kampung Baru, Masjid Jamek, KL Sentral, Abdullah Hukum, Dang Wangi, Pasar Seni dan Bangsar.

“Selain itu turut ditutup ialah MRT laluan Kajang yang melibatkan Taman Pertama, Cochrane, Bukit Bintang, Pasar Seni, Maluri, Tun Razak Exchange, Merdeka dan Muzium Negara,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kaunter kad konsesi MyRapid di stesen LRT Pasar Seni juga ditutup manakala stesen yang tidak terlibat akan beroperasi seperti biasa, lapor Kosmo Online.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu