Nation
325

Permit pergerakan PKP sah hingga 28 Jun

Putrajaya – Semua surat atau permit pergerakan yang diluluskan sebelum ini hingga 14 Jun, masih diterima polis hingga tamat tempoh sekatan pergerakan penuh pada 28 Jun nanti.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata bagi tujuan penyelarasan penguatkuasaan kawalan pergerakan di sekatan jalan raya, polis akan terus menerima surat atau permit pergerakan yang dikeluarkan oleh 12 Kementerian dan Agensi yang dipersetujui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kementerian dan Agensi yang mengeluarkan surat atau permit pergerakan adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI); Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM);

“Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Belia dan Sukan (KBS); Bank Negara Malaysia (BNM); Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan PDR,” katanya pada sidang media Rangkuman Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Pada masa sama, Hamzah mengingatkan orang ramai untuk tidak memalsukan atau memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan surat atau permit pergerakan daripada pihak berkuasa. — BH Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu