Nation
343
0

Permohonan baharu, rayuan BPN 2.0 sedang disemak

Kuala Lumpur – Kerajaan melaksanakan proses semak silang permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran bagi permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam Januari ini.

“Proses penunaian BPN 2.0 di Bank Simpanan Nasional (BSN) juga berjalan sejak 26 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan mengenai Laporan Laksana Ke-32 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), semalam.

Menurutnya, bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, Tengku Zafrul berkata, tempoh rayuan GKP 2.0 dibuka mulai minggu ini dan ia boleh dibuat secara dalam talian.

“Rayuan GKP 2.0 dibuka bermula 7 hingga 21 Disember 2020. Rayuan boleh dibuat di https://gkp.hasil.gov.my,” katanya.

Mengulas mengenai Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) di bawah pakej Kita Prihatin, beliau menjelaskan, setakat 27 November, sejumlah RM239.73 juta dibelanjakan bagi membantu 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 307,420 pekerja.

“Jumlah ini lebih tinggi berbanding RM164.26 juta, 34,479 majikan dan 273,767 pekerja yang dicatatkan minggu lalu.

“Diingatkan permohonan baru bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Disember 2020,” katanya.

Setakat 30 September lalu, lebih 322,000 majikan dan 2.64 juta pekerja menerima PSU 1.0 di bawah pakej Prihatin dan Penjana. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu