Social
250
0

Perogol lolos penjara lebih 30 tahun dicekup

Beijing – Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itu gambaran sesuai kepada seorang buruan polis di China yang melarikan diri lebih 30 tahun selepas bersalah memperkosa dan menculik seorang wanita.

Dia akhirnya berjaya ditahan polis di wilayah Guangxi Zhuang di selatan China, sekali gus merungkai kes jenayah pemerkosaan dan penculikan yang tertangguh selama tiga dekad.

Kes yang berlaku pada 1987 itu berlaku ketika suspek, Luo yang berusia 27 tahun menetap di perkampungan kecil di kawasan pergunungan Liuzhou.

Luo berpengalaman luas di dunia luar kerana kerap keluar ke kota besar hingga membuatkannya terkenal dalam kalangan penduduk termasuk seorang wanita yang meminta membawanya keluar dari perkampungan itu.

Luo menjanjikan pekerjaan kepada wanita itu di wilayah Hebei sebelum dalam perjalanan lelaki itu memperkosa wanita malang berkenaan dan menjualnya.

Luo ditahan atas kesalahannya itu dan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun, namun berjaya melarikan diri ketika proses peralihan tenaga buruh di penjara selepas dua tahun menjalani hukuman.

Sepanjang 31 tahun menjadi buruan polis, dia bekerja di tapak pembinaan dan kedai runcit.

Namun, baru-baru ini nasib tidak menyebelahinya apabila polis tempatan berjaya mengenal pasti raut wajah Luo yang masih sama seperti wajah orang dikehendaki.

“Kami mahu awak untuk apa yang awak sudah buat 30 tahun lalu,” kata polis itu seperti dipetik portal Global Times. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu