Kuala Lumpur Post

Nation

Peruntukan kawasan: PM minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ini susulan kenyataan Ahli Parlimen pembangkang semalam, yang memaklumkan akan menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan bagi kawasan mereka dengan Fadillah.

“Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi Ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”.

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata beliau telah bertemu Fadillah sebanyak dua kali bagi berbincang mengenai peruntukan berkenaan, sebelum memaklumkan akan menghentikan rundingan berhubung perkara itu.

Tags: , ,