Nation
56

Peruntukan RM400 juta tambah bekalan vaksin : PM

Putrajaya – Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menambah bekalan vaksin negara bagi mempercepatkan jadual pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri berkata jumlah bekalan vaksin yang ditempah kerajaan adalah cukup untuk menampung 130 peratus populasi rakyat berbanding 120 peratus sebelum ini.

“Penambahan bekalan vaksin ini antara lainnya adalah sebagai stok penimbal tambahan serta bertujuan memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun.

“Anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) tahun ini akan diutamakan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, bagi meningkatkan kadar pemberian vaksin harian, kerajaan bersetuju untuk membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu.

Bukan itu sahaja, beliau memberitahu, kerajaan juga akan menaik taraf PPV sedia ada, melaksana PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home to Home dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM200 juta.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu