Social
1K

Pesakit Covid-19 gantung diri di jejantas

Petaling Jaya – Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuh Raya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pukul 7.47 pagi tadi memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Maklumat daripada waris si mati mendapati, dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan pernah mengatakan dia tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Katanya, mayat mangsa berjaya diturunkan dengan bantuan pihak bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu