Social
517

Pesakit Covid-19 tumbuk jururawat sebelum cuba terjun dari hospital

Kuala Lumpur – Seorang pesakit COVID-19 cedera selepas cuba melarikan diri dengan dengan terjun melalui tingkap di Tingkat 5, Hospital Sungai Buloh.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, pesakit lelaki berusia 33 tahun itu dimasukkan ke hospital pada jam 3 pagi, dalam keadaan murung tetapi agresif.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata pesakit itu juga turut bergelut dengan kakitangan dan jururawat semasa dia cuba keluar dari wad berkenaan.

“Semasa dalam wad, pesakit menumbuk muka dan mengejar jururawat yang menghalang dia dari keluar serta mengganggu pesakit lain.

“Pesakit pergi ke tepi tingkap di wad berkenaan dan cuba terjun. Kejadian disedari oleh jururawat, sebelum cubaan menyelamat dilakukan. Pesakit terjatuh ke aras bawah hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke unit rawatan rapi (ICU), selepas cedera pada muka dan badan, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu