Social
259

Pesakit melecur, tabung oksigen terbakar

Ipoh – Seorang pesakit lelaki melecur dalam insiden kebakaran tabung gas oksigen, di dalam sebuah bilik isolasi di Hospital Slim River di Tanjung Malim, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River digegaskan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan pada pukul 7.42 malam.

Menurutnya, lelaki berusia 48 tahun itu melecur sebanyak sembilan peratus di bahagian tangannya.

“Setibanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River di lokasi kejadian mendapati, kebakaran dalam bilik isolasi berukuran 15×20 kaki persegi, dengan anggaran kemusnahan membabitkan kira-kira lima peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran telah dipadamkan oleh kakitangan hospital itu dengan menggunakan alat pemadam api, sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jurucakap itu berkata pasukan bomba seterusnya membuat penilaian dan pemeriksaan menyeluruh, bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, dan operasi tamat sepenuhnya pada kira-kira 8.55 semalam, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu