Social
466

Pesara guru ditemui mati dalam kereta

Sungai Petani – Seorang pesara guru ditemui mati dalam kereta yang diletakkan hadapan sebuah pusat beli-belah di sini, petang semalam.

Mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Toyota Avanza kira-kira pukul 5.28 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, anggota polis terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan kes tersebut.

“Mangsa didapati telah meninggal dunia dan berdasarkan temubual dengan abangnya, mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit kecuali sakit mental.

“Lelaki itu tidak pernah berkahwin dan tinggal seorang diri di rumahnya di Taman Ria dekat sini serta telah bersara awal daripada tugasnya sebagai seorang guru di sebuah sekolah di daerah ini,” katanya di sini semalam, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu