Kuala Lumpur Post

Nation

Peserta himpunan #Reformasi100Peratus mula berarak ke Parlimen

KUALA LUMPUR — Sekitar 50 peserta berkumpul di Plaza Tugu Negara bagi menyertai himpunan tuntut #Reformasi100Peratus di Parlimen, di sini hari ini.

Perhimpunan terbabit bagi menyerahkan tuntutan Reformasi 100 peratus dijanjikan antaranya menolak keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dan rasuah.

Tinjauan di lokasi mendapati peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu mula berkumpul di lokasi ditetapkan sejak jam 7.30 pagi.

Lokasi itu yang terletak lebih kurang 900 meter dari bangunan Parlimen dikawal ketat oleh anggota dan pegawai polis.