Social
204

Pfizer kenal pasti vaksin Covid-19 palsu

Moscow – Syarikat farmaseutikal Pfizer Amerika Syarikat telah mengenal pasti dos vaksin COVID-19 palsu di Mexico dan Poland, lapor Sputnik memetik The Wall Street Journal.

Di Mexico, kira-kira 80 orang telah menerima vaksin palsu di klinik dengan harga sekitar US$1,000 setiap dos. Dos itu turut menggunakan label palsu.

Di Poland, dos palsu itu kemungkinan ialah ubat antikedut. Pihak berkuasa Poland berkata setakat ini belum ada yang menerima dos vaksin palsu itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.

Setakat ini, lebih 143.48 juta orang telah dijangkiti di seluruh dunia, dengan lebih 3.05 juta kematian, menurut Universiti Johns Hopkins. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu