Nation
106

Pintu sempadan negara masih kekal tutup : PM

Tangkak – Kerajaan tidak bercadang untuk membuka pintu sempadan negara dalam masa terdekat meskipun perkara itu dilihat dapat membantu memulihkan tahap ekonomi negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui keputusan yang dibuat amat sukar namun relevan untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Sempadan kita masih kekal tutup, walaupun ada rayuan daripada sesetengah pihak supaya dibuka untuk membolehkan pergerakan tapi kita menimbang daripada pelbagai sudut.

“Mungkin kalau buka terlalu awal akan jadi masalah, tetapi kalau tidak dibuka langsung pun seperti sekarang juga menjadi masalah.

“Ini pertimbangan yang agak sukar yang saya terpaksa buat dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tahlil dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Dewan Undangan Negeri (Dun) Gambir di Masjid Jamek Simpang 5 Darat, di Bukit Gambir, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam menangani situasi pandemik termasuklah tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi usaha melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negara ini.

Jelasnya, langkah berani itu perlu diambil berikutan masih terdapat ramai individu yang gagal mematuhi prosedur standard operasi (SOP). – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu