Nation
119

PKP di 3 daerah di Pulau Pinang, Kuantan

Petaling Jaya – Tiga daerah di Pulau Pinang dan kawasan Kuantan, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Isnin ini hingga 23 Mei depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP di Kuantan berikutan laporan sebanyak 1,578 kes Covid-19 selain 10 kluster aktif direkodkan di kawasan itu.

“Bagi negeri Pulau Pinang pula, tiga daerah di negeri itu melibatkan Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan turut dikenakan PKP.

“Ia turut melibatkan beberapa mukim antaranya Mukim 12 di Barat Daya selain Bandar Butterworth serta Mukim 14 di Seberang Perai Utara,” katanya di sini tadi.

Katanya, pergerakan rentas negeri dan daerah juga tidak dibenarkan di kawasan mukim dan daerah yang terlibat PKP. – Kosmo Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu