Nation
220

PKP di Keningau disambung

Kuala Lumpur – Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Keningau, Sabah disambung 14 hari lagi, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata secara kumulatif setakat ini, sebanyak 2,138 kes COVID-19 direkodkan di daerah itu dengan beberapa kampung dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan wujud beberapa kluster baharu dan masih berlaku peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti dengan jumlah kes aktif bagi tempoh 14 hari, sebanyak 148 kes.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKP di daerah berkenaan bermula 5 hingga 18 April ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu