Nation
1K

PKP penuh punca kenaikan harga sayur : Rosol

Kuala Lumpur –  Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dikuatkuasakan kerajaan awal bulan lalu punca kenaikan harga sayur di pasaran, sebelum ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata SPP dilaksanakan menyebabkan pergerakan lori mengambil sayur di Cameron Highlands terbatas.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) pekerja ladang turut diperketatkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan bermula 1 Jun lalu.

Bagaimanapun, katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah memberi kelonggaran dan tidak mengehadkan pergerakan lori, terutama berkaitan dengan industri makanan selepas perbincangan diadakan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Hasil perbincangan itu, MKN juga melonggarkan SOP dan membenarkan pekerja ladang sehingga 60 peratus,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Klinik Kesihatan Kampung Tengkawang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Penyelaras Vaksin COVID-19 Daerah Hulu Terengganu, Dr Nur Fauzani Md Arshad.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak boleh mengambil tindakan atas dakwaan kekurangan pekerja dan alasan PKP.

“KPDNHEP hanya boleh mengambil tindakan ke atas peniaga dan pemborong jika berlaku kenaikan secara berlebihan.

“Sebagai contoh, jika sebelum pelaksanaan PKP 3.0, harga cili hanya RM6 sekilogram, tetapi dinaikkan sehingga RM12 sekilogram, kita boleh ambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya. — BH Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu