Nation
152

PKP: Polis Kelantan minta orang ramai guna surat kebenaran baharu

Kota Baharu – Polis Kelantan meminta orang ramai menggunakan surat kebenaran rentas negeri atau daerah yang baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh kawasan di negeri itu yang bermula hari ini hingga 29 April.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata hasil tinjauan beliau di sekatan jalan raya mendapati masih ada pihak menggunakan surat rentas negeri atau daerah yang lama, malah ada digunakan semasa PKP Januari lepas.

“Sekiranya degil, mereka boleh diambil tindakan seperti dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini awal pagi tadi.

Shafien berkata 500 anggota dan sukarelawan polis akan mengadakan 17 sekatan jalan raya selama dua minggu dalam tempoh PKP itu.

Rabu lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes, dan kesemua tujuh jajahan/daerah itu berada dalam Zon Merah. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu