Nation
228

PKP : TNB kongsi tip cara jimat elektrik

Kuala Lumpur – Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini berkongsi beberapa tip bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh di seluruh negara yang bermula semalam.

Ketua Pegawai Runcit TNB Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan dalam kenyataan berkata semasa tempoh berkenaan, pengguna mempunyai cara untuk memantau dan menguruskan penggunaan peralatan elektrik di rumah bagi mengurangkan pembaziran tenaga.

“Bagi lebih 1.2 juta pelanggan TNB dengan pemasangan meter pintar, mereka boleh manfaatkan data penggunaan elektrik harian menerusi aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah,” katanya.

Beliau berkata pelanggan TNB dinasihatkan supaya mengamalkan beberapa langkah seperti menutup komputer selepas digunakan, berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya telah penuh, di samping memastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan pendingin hawa.

“Selain itu tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga, mencuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukkan, dan gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan.

Maklumat lanjut mengenai penggunaan elektrik dengan cara berjimat cermat boleh didapati di portal TNB https://www.mytnb.com.my. Pengguna juga boleh memantau penggunaan tenaga semua peralatan elektrik secara terperinci menerusi MAEVi yang boleh dicapai menerusi https://maevi.my/

Bagi pertanyaan mengenai bil, orang ramai boleh menghubungi TNB CareLine dengan menelefon 1300-88-5454, atau meneusi Facebook TNB CareLine dan Twitter@Tenaga_Nasional. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu