Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

PKPB Selangor, KL dan Sabah lanjut hingga 14 Januari

Kuala Lumpur – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan kerajaan berikutan jumlah kes kumulatif COVID-19 yang masih tinggi di ketiga-tiga negeri berkenaan, selain kewujudan kluster baharu.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan, PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan sehingga 31 Disember ini. – BH Online

You must be logged in to post a comment.