Nation
97

PKPD: Beberapa jalan di sekitar daerah Batang Padang ditutup

Tapah РBeberapa jalan di sekitar Daerah Batang Padang ditutup mulai tengah malam  berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bidor dan Batang Padang.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata lokasi penutupan jalan adalah persimpangan Jalan Rambai, Batu 3, Jalan Pahang; Jalan Chenderiang Lama; Terowong Keretapi, Jalan Changkat Dermawan, Jalan Tapah; persimpangan lampu isyarat Jalan Bidor-Sungkai dan hadapan kilang Lhoist, Temoh dekat sini.

“Sehubungan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang akan dikeluarkan secara khusus oleh Majlis Keselamatan Negara.

Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang melakukan pelanggaran SOP,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mukim Bidor dan Batang Padang dikenakan PKPD berkuat kuasa esok sehingga 23 Julai ini selepas mendapati trend kes COVID-19 meningkat dan setakat ini, sebanyak 523 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 3,271 penduduk di lokaliti terbabit, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu