Nation
344

PKPD : Beberapa laluan utama di Nilai ditutup

Kuala Lumpur – Beberapa laluan utama di Nilai yang bersempadan dengan daerah Jelebu, Port Dickson serta Kajang, Selangor ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Seremban bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, berkata kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai terdiri daripada empat mukim iaitu Labu, Lenggeng, Pantai dan Setul.

“Polis bersama Jawatankuasa Bencana Daerah Seremban bersetuju menutup beberapa laluan utama dengan melakukan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri serta mempertingkatkan Operasi Patuh (Op Patuh) di kawasan PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fazley berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan mengawal pergerakan penduduk di semua mukim terbabit serta mengekang penularan COVID-19.

PKPD di seluruh Seremban bermula semalam hingga 22 Julai, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu