Nation
58

PKPD di 2 lokaliti di Sabah

Kuala Lumpur – Kerajaan, menerusi Fasa Pertama Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah mulai 29 Jun hingga 12 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia membabitkan Kampung Nahaba Tegudon dan Kampung Linau di Kota Belud susulan peningkatan kes COVID-19 di kedua-dua lokaliti, lapor Bernama.

Beliau berkata sembilan kes positif telah direkodkan hasil daripada 48 ujian saringan di Kampung Nahaba Tegudon manakala 11 kes positif direkodkan daripada 15 ujian saringan di Kampung Linau.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pengesanan awal kes positif dan kontak rapat supaya dapat diasingkan serta menyekat pergerakan dan penularan jangkitan keluar dari lokaliti tersebut,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD hari ini.

Ismail Sabri berkata PKPD di Kampung Penimbawan, Tuaran, Sabah yang dijadualkan tamat esok akan dilanjutkan dari 29 Jun hingga 12 Julai berikutan penularan berterusan dalam kalangan penduduk serta masih terdapat jangkitan baharu yang direkodkan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu