Nation
500

PKPD di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini

Kuala Lumpur – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 34 mukim di Selangor tamat mengikut jadual yang ditetapkan, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan situasi semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sidang khas MKN telah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di semua mukim yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKPD di 34 mukim di Selangor berlangsung selama dua minggu bermula 3 Julai lalu.

Ia membabitkan mukim merangkumi daerah Petaling (Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja), Hulu Langat (Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang) dan Sepang (Dengkil, Labu, Sepang)

Turut terbabit adalah mukim di daerah Gombak (Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang), Kuala Langat (Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu).

Selain itu, mukim di daerah Klang yang terbabit ialah Kapar dan Klang serta Kuala Selangor (Ijok, Bestari Jaya, Jeram), Hulu Selangor (Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali).

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu