Nation
155

PKPD di 8 lokaliti, 34 lokaliti dilanjutkan

Kuala Lumpur – Lapan lokaliti di empat negeri iaitu Sabah, Terengganu, Kelantan dan Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 17 hingga 30 Ogos, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini berkata, lokaliti di Sabah yang terlibat ialah empat kampung di Kota Belud iaitu Mantanau, Pirasan Ulu, Suang Punggur dan Tambulaung.

“Sementara lokaliti di Tawau yang dikenakan PKPD ialah di Taman Megah Jaya melibatkan Lorong Megah dua, tiga, sembilan dan 10,” katanya.

Hishammuddin berkata turut dikenakan PKPD ialah Kampung Bukit Cina di Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu; Kampung Lela Jasa di Mukim Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan dan tapak bina ‘Spanish Garden’ di Kinta, Perak.

Beliau berkata 33 lokaliti melibatkan dua Mukim di Dungun, Terengganu iaitu Kuala Dungun dan Sura serta satu lokaliti di Sabah iaitu Kampung Tagibang di Kota Marudu, dilanjutkan PKPD berkuat kuasa 17 hingga 30 Ogos.

Beliau berkata PKPD di Mukim Kuala Dungun melibatkan 19 lokaliti iaitu iaitu Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kg Molek, Bijangga, Sungai Udang, Sungai Penaga, dan Kubang Miang.

Lapan lagi lokaliti ialah Teratai, Telok Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

Di mukim Sura pula sebanyak 14 lokaliti membabitkan Rumah Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu Lima, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya dan Taman Delima Batu Enam.

Enam lagi lokaliti ialah Balai Besar, Sura Melati, Batu Tujuh, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

Hishammuddin juga berkata PKPD yang dilaksanakan di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Jabi di Besut, Terengganu dan lima lokaliti di Sabah iaitu Ladang Agathis di Kalabakan, Kampung Bakalau di Beaufort, Kampung Nosoob di Penampang, Perumahan Ladang Hibumas di Sungai-Sungai, Beluran dan Kampung Gusung di Kota Kinabalu ditamatkan esok.

Katanya sebanyak 65 premis diarahkan tutup manakala 174 individu dikompaun serta sembilan orang direman semalam ekoran kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu