Nation
480

PKPD di beberapa lokaliti bermula Jumaat

Kuala Lumpur – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sabah, Johor, Pahang, Sarawak dan Kelantan selama 14 hari bermula Jumaat ini.

PKPD di Sabah membabitkan Kampung Singgahmata, Pulau Banggi dan Kampung Sin San dekat Kudat, selain perumahan kilang, Ladang Ong Yah Ho di Kinabatangan.

Di Johor pula membabitkan FELDA Inas, Kulai, manakala Pahang dekat FELDA Tembangau 1 dan FELDA Tembangau 3, Bera serta FELDA Jengka 7, Maran.

Turut dikenakan PKPD di Kampung Sinar Budi Baru, Kuching, Sarawak serta Kampung Kutan Tengah dan Kampun Ketik dekat Tumpat, Kelantan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu susulan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati berlaku peningkatan kes COVID-19 mendadak di lokaliti terbabit dengan kadar kebolehjangkitan tinggi. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu