Nation
848

PKPD : Polis jejak 8 keluarga ‘hilang’ di Taman Murni

Sepang – Polis sedang menjejaki lapan lagi keluarga di Taman Murni di sini yang didapati ‘menghilang’ sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan berkuat kuasa pada 30 Jun lepas, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata terdapat 465 buah rumah di Taman Murni yang didiami 1,588 orang, dan daripada jumlah itu, 69 buah rumah tidak berpenghuni manakala lapan buah rumah berpenghuni didapati masih tiada orang.

Menurutnya, sebuah keluarga seramai empat orang telah pulang ke kediaman mereka secara sukarela semalam untuk menjalani saringan dan juga menerima suntikan vaksin.

“Sesetengah penduduk ‘menghilangkan’ diri sebelum PKPD kerana tidak mahu pergerakan disekat. Namun ada kelebihan (PKPD) kepada penduduk kerana saringan dijalankan, vaksin diberikan dan bekalan makanan disalurkan,” katanya kepada media selepas melaksanakan Op Patuh di kawasan perindustrian, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak lapan sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di kawasan Sepang dengan empat daripadanya bersempadan Negeri Sembilan.

Kemungkinan SJR akan diubah ke laluan masuk ke lebuh raya bagi pemeriksaan menyeluruh susulan pelaksanaan PKPD di hampir kesemua mukim di Selangor, bermula tengah malam ini.

Mengenai Op Patuh, Wan Kamarul berkata sebanyak 45 buah kilang di kawasan Putra Perdana, Dengkil, Sungai Pelek dan Bandar Baru Salak Tinggi akan diperiksa.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu