Kuala Lumpur Post

Nation

PM beri amaran terakhir jangan sentuh isu 3R

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R dengan menyentuh kaum, agama dan institusi diraja yang boleh memecah-belahkan negara.

Beliau berkata pemantauan tanpa berkecuali akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia.

“Ini amaran terakhir daripada kerajaan sebab saya selaku Perdana Menteri tidak ada pilihan kerana desakan dalam kalangan ahli fikir dan untuk pertahankan keselamatan negara. Ini mengatasi kepentingan.

“Orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka itu terlalu tinggi dan hebat tidak mungkin terdakwa ataupun tercabar.

“Negara tidak boleh begitu, kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan pangkat, keturunan atau kekayaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Anwar berkata negara tidak akan kekal stabil sekiranya perkara tersebut dibiar dilakukan oleh pihak yang terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk mempertahan kuasa atau mencari pengaruh baharu, lapor Bernama.

Tags: ,