Nation
655

PM Ismail Sabri umum senarai ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’

Putrajaya –  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ iaitu pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Mengumumkannya di Perdana Putra di sini, beliau membentuk Kabinet itu yang juga satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia.

“Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lalu di Istana Negara.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan kepada pelantikan Ahli Parlimen Bera itu selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu