Nation
121

PM : Keselamatan siber lengkapi usaha memacu pertumbuhan ekonomi

Kuala Lumpur – Keselamatan siber perlu menjadi keutamaan setiap negara, terutamanya dalam perkara yang mendasari ekonomi dan keselamatan negara berkenaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, isu keselamatan siber telah menjadi antara bidang tumpuan utama kerajaan untuk melengkapkan usaha ke arah memacu pertumbuhan ekonomi negara ini, lapor Bernama.

“Perkara ini (keselamatan siber) telah menjadi suatu isu dan mana-mana negara didapati tidak akan termampu untuk menangani masalah ini secara sendirian berikutan ancaman siber tidak mengenal batas sempadan dan menjadi semakin canggih serta rumit.

“Kita juga tidak terkecuali dalam memberi penekanan terhadap elemen keselamatan siber dalam setiap inisiatif,” katanya ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber 2021 (CYDES 2021) yang diadakan secara maya, hari ini.

Muhyiddin berkata isu berkenaan juga menuntut kerajaan untuk memberikan perhatian serius berikutan peningkatan ancaman dan jenayah siber, sejak tiga tahun lepas.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu