Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

PM menghadap Agong sejam di Istana Negara

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Kenderaan membawa Perdana Menteri itu dilihat keluar melalui pintu utama Istana Negara kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Perjumpaan selama hampir sejam itu difahamkan adalah bagi menyembah maklum keputusan mesyuarat Kabinet serta mengemukakan cadangan tarikh pembubaran Parlimen.

Sebelum itu, kenderaan dipercayai membawa Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 2.15 petang tadi.