Kuala Lumpur Post

Nation

PM minta penjawat awam bawa perubahan kembalikan Malaysia ke tahap gemilang

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penjawat awam bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan bagi membawa perubahan agar negara kembali ke zaman kegemilangannya.

Pada perjumpaan pertamanya bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 24 Nov, Anwar berkata penjawat awam perlu membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara

Beliau berkata reformasi adalah satu permulaan untuk negara yang memerlukan perubahan kerana negara pernah mencapai tahap tertentu tetapi malangnya telah merosot baik dari segi ekonomi, kestabilan atau disiplinnya.

“Kita tidak mungkin berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya,” katanya, lapor Bernama.

Tags: ,