Nation
256

PM Muhyiddin menghadap Agong

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard hitam yang membawa Perdana Menteri memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Satu pada jam 2.19 petang.

Pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria turut menghadap Seri Paduka.

Muhyiddin pada pagi Rabu lalu telah menghadap Agong di Istana Negara diikuti 15 ketua parti politik utama pada Rabu, Khamis dan Jumaat minggu lalu sebelum berakhir semalam.

Sesi menghadap itu adalah bagi mendapatkan input ketua-ketua parti politik khususnya berkenaan usaha memerangi pandemik COVID-19.

Ia juga sebagai persediaan untuk Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung esok. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu