Nation
211

PM Muhyiddin tiba di Istana Negara

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini hari ini.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada pukul 12.20 tengah hari.

Kehadiran Muhyiddin ke Istana Negara dipercayai bagi mempersembahkan keputusan peletakan jawatan beliau.

Terdahulu, sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong didahului Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh yang tiba kira-kira 9.40 pagi di Pintu 2, Istana Negara.

Sementara Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba kira-kira sejam kemudian di Pintu Satu, Istana Negara manakala Ketua Polis Negara tiba pada pukul 11.15 pagi.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu