Nation
208

PM Muhyiddin tiba di Pejabat Perdana Menteri

Putrajaya – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 8.07 pagi tadi.

Beliau tiba diiringi polis pengiring sebelum memasuki Pintu Protokol, malah sempat menurunkan tingkap dan melambai kepada pengamal media.

Difahamkan, Muhyiddin dijangka mempengerusikan satu mesyuarat khas Kabinet dengan ahli Jemaah Menteri yang dijadualkan pukul 10 pagi ini.

Semalam, media melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Dalam pada itu, turut dilihat memasuki Kompleks Bangunan Perdana Putra adalah Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, lapor Kosmo Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu