Nation
116

PM sertai Biden, pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

WASHINGTON DC — Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini.

Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan global dalam sesi yang dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang Jumaat waktu tempatan (2.30 pagi Sabtu di Malaysia).

Sebelum itu, Ismail Sabri menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Naib Presiden AS, Kamala Harris dan mereka berbincang mengenai kerjasama maritim, kesihatan serta pemulihan pandemik.

Selepas itu, Harris dan pemimpin ASEAN akan meneruskan perbincangan dalam sesi berasingan serta memfokus kepada tindakan berkaitan isu perubahan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan.

Semua sesi pada hari terakhir persidangan dua hari itu akan berlangsung di Jabatan Negara AS di sini, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu