Nation
2K

PM umum bantuan moratorium 6 bulan

Putrajaya – Kerajaan mengumumkan pemberian moratorium secara automatik selama enam bulan kepada semua peminjam sama ada daripada golongan B40, M40, T20 dan usahawan mikro.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Beliau berkata, kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

“Saya harap inisiatif moratorium ini sedikit sebanyak dapat membantu semua individu dan peminjam PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu