Nation
172

PM umum Bantuan PKP 3.0 pukul 9 malam ini

Petaling Jaya – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan menyampaikan perutusan khas mengenai Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada pukul 9 malam ini.

Perutusan khas berkenaan akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan.

Pada 28 Mei lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh di seluruh negara termasuk penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari bermula hari ini hingga 14 Jun depan.

Menerusi PKP Penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali 17 sektor yang telah diumumkan dan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu