Nation
407

PMO : Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri

Kuala Lumpur – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Kenyataan itu turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan yang mengetuai Kluster Keselamatan dan mengekalkan portfolio sebagai Menteri Luar.

“Pelantikan ini akan dapat membantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” menurut kenyataan itu.

Pelantikan Hishammuddin pula akan membantu perdana menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu