Nation
2K

PMO nafi Muhyiddin menghadap Agong petang ini

Kuala Lumpur  – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Sebuah portal berita mendakwa Muhyiddin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan kemelut kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebuah lagi portal berita mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu