Politics
233

PN sedang bangunkan satu gabungan besar parti politik : Saifuddin

Kuala Lumpur – Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang membangunkan satu gabungan besar parti-parti politik yang menyatukan rakyat dengan adil, saksama, inklusif dan harmoni dalam acuan politik baharu negara.

Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau yakin PN telah belajar daripada kelemahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bahawa keputusan gabungan dibuat berasaskan perundingan dan bukan dominasi satu parti.

“Dalam BN, UMNO parti dominan. Jawatan utama BN – Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan – dipegang UMNO. Dalam PN, ia dikongsi sesama parti komponen.

“Dalam PH tiada parti yang dominan, tapi keadaan di mana ia disokong oleh ‘majoriti besar golongan minoriti’ dan ‘hanya minoriti kecil golongan majoriti’ menyebabkan ia tidak bertahan lama,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya.

Saifuddin, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa negara perlu mengamalkan politik baharu yang berfungsi, prihatin dan stabil.

“Antara ciri politik baharu, dalam satu gabungan parti-parti politik, tidak wujud satu parti yang dominan manakala ada parti kecil yang terpinggir,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu