Nation
224

Polis akan panggil Guan Eng

Georgetown – Polis akan memanggil Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar perintah kuarantin kendiri sebaik Setiausaha Agung DAP itu selesai menjalani tempoh kuarantin esok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga akan merekodkan keterangan Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, sehingga kini polis menerima tiga laporan berhubung dakwaan terbabit dan sudah memulakan siasatan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Kita sudah merekodkan semua keterangan individu yang membuat laporan polis dan hari ini akan merekodkan keterangan Setiausaha DUN dan KKM.

“Polis akan memanggil Guan Eng untuk siasatan selepas beliau tamat kuarantin pada 10 September (esok),” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Pemuda GERAKAN dan MCA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Guan Eng yang didakwa melanggar tempoh kuarantin kendiri pada 1 hingga 10 September selepas beliau menghadiri sidang DUN pada 2 September.

Jurucakap Pemuda GERAKAN negeri, Mohd Aswaad Jaafar, dilaporkan berkata, Ahli Parlimen Bagan itu sepatutnya menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari sehingga 10 September ini, tetapi menghadiri sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini.

Justeru, tindakan Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih tidak hadir ke mahkamah semalam dipersoalkan beberapa pihak, lapor Harian Metro.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu