Nation
1K

Polis akan panggil individu terlibat Perhimpunan #BukaPuasaParlimen

Kuala Lumpur – Polis akan mengambil keterangan kesemua peserta perhimpunan aman #BukaPuasaParlimen di Jalan Parlimen, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat dan setakat ini polis telah mengenal pasti 90 peserta yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata perhimpunan itu tiada permit dan polis tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu.

“Semasa pemantauan dibuat di lokasi, peserta-peserta yang berkumpul terdiri daripada pimpinan dan Ahli Parti Muda dan Pejuang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melakukan perhimpunan tanpa notis. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu