Nation
991

Polis siasat laporan mengenai kenyataan Takiyuddin

Petaling Jaya – Polis akan menyiasat laporan yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berhubung kenyataannya yang didakwa mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata setiap aduan dan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan teliti tanpa mengira darjat.

Katanya, siasatan dibuat susulan laporan terhadap Takiyuddin yang diterima polis.

“Sesiapa yang lakukan hasutan atau timbulkan perasaan kurang senang, bila ada aduan atau laporan yang diterima, polis akan siasat.

“Tiada darjat mengenai hal itu, semua yang ada laporan kita akan panggil untuk siasatan. Biarlah polis dapatkan maklumat dahulu mengenai laporan itu, kita tidak boleh kata (laporan itu akan) disiasat bawah seksyen apa.

Pihak polis perlu tahu dahulu apa kesalahan yang dilakukan,” katanya pada sidang media Rangkuman Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Terdahulu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap kenyataan Takiyuddin yang didakwa mempersenda Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, sebelum ini menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Takiyuddin ketika Bicara Harakah bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Berjaya Atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya malam kelmarin berkata, pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin tidak memperincikan bila ia perlu diadakan. — BH Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu